Sejarah SMKA Tun Sakaran

  • PDF
  • Print
  • E-mail

Dahulunya dikenali sebagai SMK Agama Tawau, SMKATS telah ditubuhkan pada tahun 1983 di bawah kawasan serta pentadbiran SMK Bugaya, Semporna, Sabah sehingga tahun 1990. Dalam 1997, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Tampi-Tampi yang mempunyai keluasan 30 ekar.

SMK Agama Tawau sering mendatangkan kekeliruan kepada ibubapa yang tinggal di luar kawasan daerah Semporna. Melalui PIBG, masalah ini diajukan dalam mesyuarat yang diadakan. Sempena perpindahan sekolah ini ke kawasan baru sendiri, PIBG dan pihak sekolah telah bekerjasama membuat keputusan untuk menukarkan nama ini kepada nama baru yang sesuai bagi mengelakkan kekeliruan ibubapa.

Maka nama SMKA Tun Sakaran telah dipilih sempena nama Tuan Yang Terutama Negeri Sabah pada ketika itu, Datuk Seri Panglima Tun Haji Sakaran bin Dandai yang sinonim terhadap pembangunan dan perkembangan syiar Islamterutamanya di dalam daerah Semporna. Dengan ini, rasmilah nama sekolah ini pada 22 April 2000.

 

Last Updated on Friday, 18 June 2010 12:11